
Gempa Bumi 5.2 Magnitud Gegar Timur Filipina
NEW YORK – Gempa bumi berukuran 5.2 magnitud menggegar bahagian timur Filipina, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
USGS berkata, gempa bumi itu berlaku pada kira-kira jam 4.33 pagi waktu tempatan hari ini pada kedalaman 8.5 kilometer manakala pusat gempa ialah kira-kira 120 kilometer timur laut San Isidro.
Tiada laporan kecederaan atau kerosakan diperolehi. – AP
OLD / NEW