
|
|
Kekayaan ‘Bocor’ Kerana Kereta
Saturday, August 17, 2013 | 9:26 AM | 0 comments
Saya nampak, antara kesilapan biasa graduan baru ialah terlalu gopoh nak beli kereta. Nak ada kereta sendiri! Barulah ada ‘style’ agaknya… Padahal, kalau dia tahu, lebih baik beli rumah sebelum beli kereta. Beli kereta hari ni, esok nilainya dah jatuh RM5,000! Tapi beli rumah hari ni, tahun depan harganya dah mahal.Bagi saya, orang muda lebih baik kocek penuh berbanding hutang penuh. Biarlah kita bermotor kapcai, tapi kita tak perlu berinstallment untuk ‘dapatkan’ isteri. Lagi malang kalau anak dah nak masuk 3, 4, tapi isteri tu masih berstatus ‘installment’! Saya benar-benar nampak, kaya atau sempit, silapnya pada kita sendiri salah mengurus duit. Ia bukan soal gaji besar atau gaji kecik. Orang gaji kecik boleh hidup senang, boleh beli itu ini secara TUNAI! Tapi orang bergaji besar semuanya beli nak pakai kad kredit dan nak beli cara installment! Orang macam tu, gaji sebesar mana sekalipun dia tetap akan rasa sempit! Beli Bila Perlu, Bukan Ikut Mahu Bukan salah beli kereta, tapi dari sudut keutamaan, ia antara keutamaan yang paling akhir kalau betul-betul nak jadi kaya. Saya beli kereta di saat-saat kami sangat PERLUKAN kereta .kereta itu ialah TIARA the legend. Kalau setakat nak balik kampung, naik bas lagi senang untuk orang bujang. Duit petrol, dan duit tol tak berbaloi kalau setakat balik sorang diri. Itu belum kira kos maintenance, kos accident dan kos saman speed trap! Kalau setakat nak pergi kerja, baik naik motor jer lagi jimat. Jimat duit, jimat masa. Nak parking pun senang. Berhati-hati Apabila Deal Dengan Salesman Ingatlah tuan-tuan dan puan-puan sekelian, anda mestilah berhati-hati apabila ingin membeli kereta baru atau kereta second hand. Ramai salesman yang tak jujur menanti untuk menggigit anda. Ramai orang mudah tertipu dengan diskaun harga yang ditawarkan atau anda akan dapat cash rebet sekiranya anda membeli dengan salesman ini... awas... cek betul-betul anda rugi atau anda untung???? Dari segi zahirnya anda rasa anda untung kerana anda ditawarkan diskaun...tapi anda sebenarnya rugi kerana salesman sudah makan di atas interest bank yang sengaja dilebihkan dari kadar biasa. Sebagai contoh; Harga Perodua Myvi ialah RM46,900. Tetapi salesman kata dia boleh bagi anda RM1000 diskaun dan beberapa hadiah menarik... Ini bererti; harga kereta setelah ditolak diskaun ialah RM45,900. Anda bersetuju untuk membayar RM5,900 sebagai downpayment. Setelah dibuat sedikit kira-kira dan salesman bagitau anda bulanan kereta anda ialah RM487 selama 9 tahun. Anda tanpa banyak soal terus bersetuju membeli dengan salesman ini. Ok...anda tau tak berapa anda buat loan? Anda tau tak berapa interest bank yang terkini untuk pinjaman kereta? Anda tau tak cara kira-kira pinjaman kereta? Kalau anda tau sudah pasti anda tidak akan setuju dengan jumlah bulanan yang dikenakan. Interest bank bagi kereta nasional baru ialah 2.8% dan bagi kereta terpakai ialah 3.5%. Bulanan RM487 adalah dikira dengan interest 3.5%. Sekiranya dikira dengan interest 2.8% bulanannya ialah RM463. Untuk interest 3.5%, keuntungan yang diambil bank ialah RM12,600. Untuk interest 2.8% keuntungan yang diambil bank ialah RM10,800. Bezanya ialah RM2,250. Walaupun RM487 dan RM463 perbezaan cuma RM24 sahaja tetapi kalau dikira RM24 X 108 bulan (9 tahun) jumlahnya agak besar. Berbalik kepada cerita salesman 'baik hati' yang bagi diskaun kepada anda tadi... dia sebenarnya telah memanipulasi anda yang tak tau apa-apa.... Walaupun dia dengan baik hati offer RM1000 diskaun tetapi secara diam telah telah mengambil duit anda sebanyak RM2,250 in return tanpa anda sedari. Sebab itulah tuan-tuan dan puan-puan sekelian, anda mestilah tau serba sedikit tentang proses loan dibuat. Pertama; Mestilah tau harga kereta yang sebenar. Kereta baru amat senang untuk tahu harganya iaitu pada quotation kereta. Sementara kereta terpakai harga tak sama... tetapi anda mestilah tau pasaran semasa. Paling mudah untuk buat perbandingan harga boleh tengok dalam Mudah.my. Mesti diingat bahawa harga kereta terpakai yang dipamerkan adalah harga kereta shj tak termasuk insuran, road tax dan lain-lain proses. Kedua; Mesti tau kadar interest semasa. Ketiga; Tahu cara pengiraan loan kereta. Contoh pengiraan sebuah Perodua Myvi baru: Harga:RM46,900.00, downpayment RM6,900.00. Jadi loan anda ialah RM40,000.00. RM40,000 X 2.8% = RM1,120 (kadar keuntungan bank untuk setahun). RM1,120 X 9 tahun (sekiranya loan 9 th)=RM10,080 Jadi: RM40,000 (loan) + RM10,080 (keuntungan bank) ------------ RM50,080 / 108 (9 th) = RM463.00 sebulan Jadi anda kena bayar RM463.00 sebulan. Keempat; Boleh bertanya kadar interest yang sebenar apabila pihak bank menelefon anda, sekiranya anda tak bersetuju boleh dirunding minta kadar yang lebih rendah. Kelima. Pastikan bayaran booking dan downpayment dibuat di showroom dan dapatkan resit yang original. Elakkan terima resit yang dibeli kat supermarket walaupun ada cop syarikat. Loan Kereta 2nd hand Anda juga mesti bijak semasa buat pengiraan loan untuk kereta 2nd hand. Harga kereta yang dipaparkan adalah harga bodi kereta sahaja. Awas jangan terpedaya dengan harga yang lebih murah dari kedai used car lain. Pastikan ia betul-betul murah. Bermacam cara dan tektik digunakan penjual kenderaan terpakai untuk mengelabui mata pembeli. Bagaimana? Misalnya harga sebuah perodua myvi tahun 2009 ialah RM32000. Harga on the road boleh jadi RM36400. Apa pulak yang lebih lebih RM4400 ni... ok RM4400 ini adalah insurans dan documentations fees. Biasanya di bahagian inilah pihak used car akan charge giler-giler. Documentations fees termasuk- Company service, JPJ, Puspakom, service permohonan loan, runner dan transfer nama. Dari segi insurans, anda mesti tau bagaimana cara untuk mengira insuran kenderaan dengan tepat. Kalau anda tak tau kira, anda boleh kira secara online- masuk je 'Paultan' blog, di sini ada Insurance Calculator. Salesman penipu akan kira dengan tak tepat. Kat sini pun dia orang dah boleh untung beratus ringgit sekiranya pembeli tak tau kira insuran. Aku pun hampir terkena. Harga kereta ialah RM32000. Salesman kata dia nak insured RM40000 kerena harga pasaran ialah RM40000. Tau berapa dia kira???? RM1720 untuk nilaian RM40000. Ini tak masuk akal langsung sebab kalau insured RM40000 insuransnya hanya RM1251. Kalau insured RM32000 (mengikut harga kereta) pasti lagi murah. Anda juga mesti berfikir secara logik. Kalau anda beli kereta 2nd hand dan anda buat loan RM32000 selama 9 th, bulanan ialah RM405. Sebaliknya sekiranya anda beli kereta baru dan buat loan RM40000 selama 9 th, bulanan ialah RM465. Jadi perbezaan bayar bulanan tak banyak...cuma RM60 je, lebih baiklah anda beli baru biar betul-betul puas hati. Kereta 2nd ni kita tak tau sejarah silamnya baik ke buruk ke.. p/s : jangan terpedaya pada mulut manis salesman. bak ibarat menanan tebu di tepi bibir.abis madu sepah di buang" GAMBAR: Ustaz Azhar Idrus Kemalangan Di Terengganu
| 6:12 AM | 0 comments
![]()
Saya mendapat maklumat daripada salah seorang followers Oh! Media mengenai satu kemalangan yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus dan isteri.
UAI yang bersama isteri barunya dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur bagi menghadiri satu kuliyah tertutup (kerana tidak ada di dalam jadual).
Kemalangan awal pagi tadi yang berlaku di Pengadang Baru, Terengganu yang melibatkan kereta Volkswagen Gti Golf milik penceramah bebas terkenal Ustaz Azhar idrus dan juga sebuah Proton Saga.
Kami diberitahu Ustaz Azhar Idrus hanya luka-luka dan pemandu Proton Saga hanya cedera ringan.
Bagaimanapun isteri Ustaz Azhar Idrus tidak mengalami sebarang kecederaan.
Untuk anda semua, berhati-hatilah di jalanraya, kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Apapun petang ini Ustaz Azhar Idrus tetap akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk menyampaikan kuliyah seperti biasa. (Ohartis.com)
Strategi Syiah Di Malaysia
Friday, August 16, 2013 | 6:17 AM | 0 comments
Antara Strategi Syiah Di Malaysia mulai gagasan 20 tahun mereka 2005 - 2025 :-1. Masuk ke dalam pertubuhan harakat Islamiyyah, tanzim haraki seperti Pas, Abim, Jim, Hizbut Tahrir dengan cara taqiyyah, pura pura dan niat menguasai pucuk pimpinan atau menghancurkan dari dalam. 2. Mereka masuk kedalam parti politik Ummat Islam seperti Pas, UMNO , PKR dan lain lain untuk menjadi pemimpin dan sekaligus mencetuskan merekrut pengikut mereka dijadikan syiah. 3. Mereka menggunakan tarekat seperti tarekat ahlu bait, menyamar atas nama kelaurga Rasulullah saw sebelah Saidina Ali untuk rekrut syiah. 4. Mereka masuk dalam pertubuhan berbaiah seperti Pekida, Al Ehsan, Batas , Simpang 3, Majlis Sabilillah dan seangkatan untuk tujuan yang sama, sama ada merekrut ahli atau mengahncurkan jamaah dari dalam. 5. Mereka akan gunakan kuasa politik , rapatkan dengan Perdana Menteri malaysia, menteri -menteri, rapat dengan Menteri Besar Selangor, Kelantan, dan ex MB kedah bagi tujuan perlindungan politik mereka agar mereka dapat back up. 6. Mereka Syiah laknatullah menyusup masuk ke dalam PDRM dan ATM untuk merekrut seramai mungkin polis dan askar untuk masuk syiah laknatullah. 7. Mereka mengunakan perniagaan seperti perniagaan air,makanan dan lain untuk dana dan kewangan syiah. 8. Mereka telah memanggil ramai rakyat Iran Syiah untuk masuk belajar dan bekerja di malaysia, dan mereka cuba sEkang kahwinkan lelaki Syiah Iran dengan wanita Islam malaysia, mereka masuk dengan cara macam tu melalui belajar dan perkawinan. 9. Mereka masuk dalam pertubuhan pertubuhan amal berbilang bangsa dan kaum untuk merekrut syiah 10. mereka akan rapat dengan mahasiswi mahasiswa Islam di seluruh IPTA dan IPTS untuk bawak masuk Syiah dengan cara 9 di atas. Kajian semasa dari Pengerusi Majlis Pekerja -Pekerja Profesional Islam Malaysia PRO-Islam.. Status-Status Sesat Di Facebook Gadis Syiah
Thursday, August 15, 2013 | 7:57 AM | 0 comments
Meskipun sudah banyak fatwa dikeluarkan bahawa Syiah adalah fahaman yang tergelincir dari landasan Islam sebenar, masih banyak pihak tidak dapat menerima hakikat ini terutama para pengikutnya.
Malah sebahagian mereka begitu berani mendedahkan pendirian masing-masing menggunakan laman sosial.
Ini termasuklah seorang perempuan yang menggunakan nama Za Nuriman.
Mengikut profil di Facebook, Za Nuriman merupakan bekas guru yang berasal dari Kelantan dan menetap di Bintulu.
Daripada status-status Facebook Za Nuriman, dapat dilihat betapa terpesongnya akidah pengikut Syiah. Antaranya menganggap solat terawih berjemaah di masjid adalah bidaah yang tidak pernah dilakukan oleh nabi dan secara terang-terangan menghina Saidatina Aisyah. Wanita ini juga menyokong nikah mutaah yang secara terang-terangan boleh menganiaya kaum hawa.
Semoga Za Nuriman dan pengikut Syiah yang lain berusaha mencari kebenaran sebenar, agar Allah memberikan hidayah dan petunjuk kepada mereka untuk kembali semula mengamalkan Islam sebenar.
Remaja Sewa Kereta Mewah Ke Prom Night
Wednesday, August 14, 2013 | 7:40 AM | 0 comments
Tower Hamlets, merupakan sebuah pekan yang mempunyai penduduk paling miskin di Britain dengan tahap jurang ekonomi yang luas serta dianggarkan secara purata satu daripada 10 mengalami masalah pengangguran.
Namun, remaja di pekan tersebut cuba untuk menghapuskan jurang ekonomi yang luas antara mereka serta penduduk bandar dengan menyewa kereta mewah di mana harga kereta tersebut lebih mahal daripada nilai rumah mereka di situ.
Lamborghini, Ferrari malah Bentley menyusur di jalan-jalan sekitar Timur London apabila remaja lingkungan usia 16 tahun menyewa kereta mewah tersebut untuk digunakan pada majlis sambutan tamat persekolahan (Prom Night) mereka.
Malah, mereka mengakui tindakan mereka itu sebenarnya hanya untuk menunjuk-nunjuk serta ingin mendapatkan perhatian pelajar serta orang awam.
Kereta yang disewa mereka boleh mencecah hingga £300,000 sebaliknya rumah pangsa mereka yang mempunyai satu bilik di kawasan tersebut hanya bernilai £70,000.
“Memang untuk menunjuk-nunjuk. Memasang muzik, pergi satu tempat ke satu tempat,” jelas Foyzur Rahman, pelajar di Sekolah Swanlea yang membahagikan £400 bersama rakannya untuk menyewa Audi S4 selama empat hari.
Tower Hamlets merupakan kawasan perumahan kepada masyarakat Bangladesh yang terbesar di Britain dengan majoriti mereka yang mengambil bahagian pada majlis tersebut berasal dari Bangladesh.
Saksikan video kegilaan mereka bersama kereta-kereta mewah.
Official RuninngMan ke Malaysia 7/9/2013
Monday, August 12, 2013 | 11:56 PM | 0 comments
Malaysian Must See This
THIS FUCKING AWESOME
Wartawan Kecewa, Ikut ‘Luck’ Interview Pemain Barca
| 12:02 PM | 0 comments
BEBERAPA rakan media tempatan hari ini melahirkan rasa kecewa mereka terhadap penganjur program perlawanan bola sepak persahabatan yang melibatkan FC Barcelona menentang Malaysia XI pada Sabtu lalu.
Malah, ada antara mereka yang memuat naik beberapa gambar situasi sebenar yang boleh diibaratkan seperti ‘dianak tirikan’ oleh penganjur perlawanan tersebut.
Bukan itu sahaja, salah seorang petugas media yang bertugas semasa perlawanan tersebut turut kecewa apabila mereka tidak berpeluang untuk menemubual pemain Barcelona di kawasan ‘mix zone’.
“Waktu training hari Jumaat dekat Stadium Nasional Bukit Jalil, patutnya dekat mix zone organiser kena guide dua players Barca untuk di-interview local media, tapi takde pun orang-orang BSC ni yang buat kerja untuk bawa ‘players’ tu.
“Tapi international media dapat la interview players-players yang reti cakap Spanish sebab sure players pun kenal diorang, so (players) akan stop la untuk di-interview.
“Kat mix zone ni pun diasingkan tempat untuk local dan international media. Bila players Barca semua dah naik bas tanpa kami dapat interview seorang pun, kami naik atas jumpa orang (staff) BSC yg handle media, nama dia *.
“Dia kata mana ada penganjur janjikan untuk bagi kami interview 2 players (sedangkan dalam intenerari memang ada tulis) dan dia kata ikut ‘LUCK’ kami je la kalau players tu nak stop utk di-interview or tak. So players takkan stop la kalau organiser tak arahkan,” jelas salah seorang wartawan sukan tempatan yang enggan identitinya dikenalpasti.
Kenapa mesti penganjur berkata sesi temubual tersebut adalah ‘luck’? Sedangkan dalam aturcara majlis jelas tertulis.
Mungkin perkara tersebut berlaku disebabkan oleh kurangnya pengalaman menguruskan perlawanan di peringkat antarabangsa oleh penganjur.
MyNewsHub juga ingin berkongsi beberapa keping foto yang dimuat naik oleh salah seorang Editor di The Malay Mail, Haresh Deol.
Gambar yang dimuat naik oleh Haresh menunjukkan perbezaan kawasan tempat duduk yang disediakan oleh penganjur kepada petugas media antarabangsa dan media Malaysia.
Pada awalnya, petugas Malaysia hanya diberi tempat duduk di bahagian belakang atas sebaliknya media antarabangsa disediakan tempat duduk hadapan.
Setelah perkara tersebut diadu oleh Pegawai Media FAM, Joe Marcose, pihak penganjur membuat penyusunan semula tempat duduk.
“Telah pergi banyak majlis antarabangsa, pertama kali melihat perbezaan antara media antarabangsa dan Malaysia,” memetik kapsyen foto yang dimuat naik Haresh.
Malah, Haresh turut meluahkan rasa kecewa beliau terhadap pertukaran venue secara tiba-tiba kurang daripada 24 jam.
“Pegawai Barcelona sudah datang sebulan lebih awal untuk melihat stadium. Tetapi kenapa masih bersetuju untuk mengadakan perlawanan di stadium tersebut jika keadaan padang tak mengizinkan?”
“Kita kena fikir penonton-penonton yang datang dari jauh, ada juga dari luar negara. Mereka telah tempah bilik hotel yang berdekatan dengan Stadium Bukit Jalil.
“Tetapi tiba-tiba ditukar venue. Bukankah itu menyusahkan orang?,” jelas Haresh ketika dihubungi MyNewsHub sebentar tadi.
Kenyataan penuh Haresh Deol berkenaan layanan penganjur tersebut boleh dibaca di sini. This is not another Kollywood flick — Haresh Deol
![]() ![]() Hayati Maksud Sebenar Aidilfitri
Wednesday, August 7, 2013 | 9:08 AM | 0 comments
Hati dan jiwa yang bersih akan sedih dan merasai kehilangan besar apabila tibanya penghujung Ramadan. Disamping berdoa, persoalan terbayang di fikiran ialah apakah Ramadan kita kali ini mencapai matlamatnya?
Apakah kita akan diberikan peluang sekali lagi oleh Allah SWT untuk bertemu Ramadan akan datang?
Hakikatnya, ilmu dan amal adalah jawapan kepada persoalan di atas.
Bulan dimakbul doa
Daripada Jabir, Baginda SAW bersabda: “Apabila tibanya malam terakhir Ramadan, langit, bumi dan para malaikat bersedih atas satu musibah besar bagi umat Muhammad SAW. Sahabat bertanya, apakah musibah itu wahai Rasulullah?
Jawab Baginda SAW: Perginya Ramadan meninggalkan kita. Bulan yang dimakbulkan doa, amalan diangkat dan diterima, pahala kebajikan digandakan dan azab ditangguhkan. Apakah ada musibah yang lebih besar daripada berpisah dengan Ramadan? Apabila langit dan bumi serta malaikat bersedih untuk kita, sudah semestinya kita sebagai manusia akan lebih bersedih atas perpisahan ini.” (Hayatul Qulub)
Kita akan menempuh hari raya yang umpama satu kerehatan dalam kehidupan manusia. Oleh itu, setiap umat menjadikan hari raya sebagai hari kegembiraan meraikan kemenangan dan kejayaan dalam sesuatu ujian.
Menang hadapi ujian
Bagi umat Islam, Aidilfitri adalah kemenangan menghadapi ujian puasa selama sebulan. Hari raya ini dikaitkan dengan fitrah kerana manusia kembali kepada fitrah asal yang dihalalkan segala perkara terlarang semasa berpuasa.
Baginda SAW bersabda: “Dua kegembiraan bagi seorang yang berpuasa iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu Tuhannya dengan amalan ibadah puasa itu.”
Maksud kegembiraan ketika berbuka adalah ketika berbuka pada hari Ramadan dengan taufik dan inayahNya. Keduanya, kegembiraan berbuka di akhir Ramadan sebagai pengumuman selesainya puasa dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad bahawa dengan kurniaan dan rahmat Allah SWT mereka bergembira dan itulah yang terbaik hasil daripada apa yang mereka usahakan.” (Surah Yunus, ayat 58).
Jelas kegembiraan ini dilihat pada wajah mereka yang berpuasa. Hari raya pada Muslimin membawa dua pengertian besar iaitu penghayatan rabbani (ketuhanan) dan penghayatan insani (kemanusiaan).
Penghayatan rabbani membawa maksud manusia tidak sekali-kali melupakan Allah SWT pada hari raya kerana mereka tidak dipengaruhi nafsu, bahkan lidah mereka sentiasa bertasbih dan bertakbir memuji kebesaran Allah SWT.
Naluri manusia
Mereka mestilah memahami bahawa hari raya bukan bermaksud bebas daripada melakukan ketaatan seperti disalahertikan sesetengah pihak.
Penghayatan insani pula bermaksud keinginan naluri manusia bersuka ria, gelak tawa, berketrampilan baru dengan pakaian dan wajah berseri, bertemu sahabat handai serta keluarga yang disayangi.
Ketika Baginda SAW menghadiri suatu perayaan, beliau mengizinkan satu kumpulan bersuka ria di rumah Baginda SAW yang selari dengan Masjid Nabawi.
Baginda SAW juga mengizinkan Saidatina A’ishah bersuka ria bersama sahabatnya bagi meraikan naluri kemanusiaan di samping memelihara tatasusila agama Islam.
Begitu juga peristiwa berlaku kepada Saidina Abu Bakar, ketika A’ishah berhibur bersama seorang temannya.
Lantas dilarang oleh Abu Bakar seraya berkata: “Seruling syaitan berkumandang di rumah Rasulullah?
Beliau menyangka Rasulullah SAW sedang tidur dalam keadaan wajahnya tertutup.
Apabila mendengar perkataan Abu Bakar, Baginda menyingkap wajahnya lalu bersabda:
“Biarkan mereka wahai Abu Bakar kerana setiap kaum ada perayaannya tersendiri dan ini adalah perayaan kita.
Semoga kaum Yahudi menyedari agama kita juga memberi ruang kepada perkara sedemikian.”
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DARIPADA AlEXANDER ALI ASYRAF…MAAF ZAHIR DAN BATIN!
|