
|
|
Cerai Kerana Anu Suami Kecil
Thursday, March 21, 2013 | 6:09 PM | 0 comments
Taipei – Seorang wanita menceraikan lelaki yang dikahwininya empat tahun lalu kerana kemaluannya kecil.
Wanita itu, kakitangan kerajaan, Zhang berkata, bekas suaminya gagal menunaikan janji untuk mengadakan seks tiga kali seminggu.
![]()
Zhang, 52, menyelar suaminya, Zhou, 55, dengan berkata: “Kemaluannya begitu kecil. Serupa kanak-kanak. Hanya panjang 5 sentimeter. Kami tidak pernah mengadakan seks sepanjang perkahwinan kami,” katanya.
Menurutnya, mereka berkenalan pada 2008 menerusi seorang rakan dan berkahwin lima bulan kemudian.
Dia mahu mengadakan seks dengan lelaki itu sebelum berkahwin tetapi Zhou berkata, dia enggan kerana patuh pada ajaran agama.
Zhang berkata, dia hanya mengetahui mengenai masalah suaminya pada malam hari perkahwinan mereka.
“Dia tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai suami. Kami bergaduh sepanjang malam dan saya ada menyuruhnya berubat, tetapi dia enggan,” kata wanita itu. – The Sun
Fakta Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Bruce Lee
Tuesday, March 19, 2013 | 8:34 PM | 0 comments
Pelakon dan ahli kungfu ini memang terkenal kerana mempunyai gaya yang tersendiri di dalam setiap lakonannya.
![]()
Namun begitu ada beberapa perkara yang anda mungkin tidak tahu mengenai Bruce Lee ini.
Mari baca tentang fakta ini.
1. Bruce Lee mempunyai kecacatan semulajadi : kaki yang panjang sebelah dan testis yang besar sebelah.
2. Bruce Lee sebenarnya rabun teruk dan memakai cermin mata tebal, dan dia menggunakan soft lens. Terbukti di Amerika, soft lens sudah wujud pada zaman itu
3. Bruce Lee bukan 100% Chinese, ibunya Grace Lee adalah campuran Chinese & Jerman, dan ini menjadikan Bruce Lee memiliki 1/4 darah Jerman.
4. Bruce Lee pertama kali muncul dalam filem ialah pada umur 3 bulan. Dia dibawa ayahnya, seorang yang cukup terkenal dalam Chinese Opera untuk tampil pada filem pertamanya.
5. Dalam suatu majlis lelong, sebuah surat tulisan tangan Bruce Lee untuk memotivasi dirinya sendiri dgn tajuk “My Definite Chief Aim” dijual dengan harga US$29,500.
6. Kelajuan pukulan Bruce Lee adalah 1/500 saat dari jarak sekitar 1 meter ke sasarannya.
7. Bruce Lee seorang yang sangat kuat untuk saiznya, dia dapat melakukan push ups 50 kali dgn satu tangan. Bolo Yeung (aka Chong Li) yang begitu besar tidak pernah menang melawan Bruce Lee.
8. Bruce Lee dapat melakukan push up dgn satu tangan hanya dgn 2 jari (telunjuk dan ibu jari) dan push ups dengan dua tangan, namun hanya menggunakanibu jari sahaja.
9. Bruce Lee mempopularkan teknik ‘one inch punch’ iaitu tumbukan dari jarak 1 inci. Pada satu pertandingan karate, dia mempraktikannya pada seorang juara judo berasal Jepun yang memiliki berat sekitar 100 kg. Juara judo itu jatuh terduduk dan kakinya terangkat apabila terkena one inch punch dari Bruce Lee.
10.Ketika umur 13 tahun Bruce Lee berguru dengan Yip Man untuk belajar Wing Chun kerana pada ketika itu, Bruce Lee dan geng nya sering bergaduh dengan geng lain. Bruce Lee terfikir jika beliau diserang ketika berseorangan. Jadi beliau pun belajar Wing Chun untuk belajar berlawan dengan ramai orang sekaligus.
11. Ada tiga murid Bruce Lee yg pernah memenangi World Karate Champion: Chuck Norris, Joe Lewis dan Mike Stone.
12. Di Amerika, Bruce Lee mengajar kung fu kepada semua bangsa dengan tidak memilih-milih, dan kerana itu, dia dicabar oleh guru kung fu lain dengan tuduhan membocorkan rahsia Chinese Martial Art kepada bangsa lain. Bruce Lee menerima cabaran itu dan mengalahkan guru tersebut dalam masa 3 minit. Bruce Lee kecewa, kerana mencipta konsep “Jeet Kune Do”.
13. Film Dragon The Bruce Lee Story yang diarahkan Jason Scott Lee adalah filem yang sangat tidak tepat dalam menggambarkan cerita sebenar Bruce Lee. Dalam filem tersebut, Bruce Lee ditendang punggungnya, menjadi lumpuh dan terpaksa menggunakan kerusi roda.
Dalam kejadian yang sebenar, cedera Bruce Lee disebabkan oleh latihan dengan beban yang terlalu berat dan menyebabkan kecederaan tulang belakang, dan sebenarnya sebenarnya tidak pernah duduk di kerusi roda.
14. Sewaktu berehat dari kecederaan tulang belakangnya selama 6 bulan, Bruce Lee menulis buku “Tao of Jeet Kune Do” yang menjadi best-seller.
15.Beberapa saat sebelum kematian Bruce Lee, “Pa Qua” (sejenis azimat yang dipercayai dapat menepis evil spirits) pada rumah Bruce Lee jatuh ditiup angin.
EKSKLUSIF: Al-Quran Sumber Kekuatan Saya, Kata Ketua Polis Sabah
Monday, March 18, 2013 | 6:07 PM | 0 comments
![]()
“Jamalul Kiram boleh cakap apa saja. Kami akan tentang mereka habis-habisan!,”
Begitulah kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib kepada pertanyaan seorang wartawan stesen televisyen Filipina GMA 7 dalam sidang akhbar di pusat media Ops Daulat di Felda Sahabat, Lahad Datu petang semalam.
Ketika terus diasak oleh wartawan terbabit kononnya pasukan keselamatan mengambil kesempatan ke atas pengganas setelah Jamalul Kiram III mengumumkan gencatan senjata, Hamza berkata pengganas terlebih dahulu menyerang dan membunuh dua anggota polis serta mencederakan tiga lagi dalam pertempuran di Kampung Tanduo, dekat sini pada 1 Mac lepas.
“Kami tidak akan hormati kata Jamalul Kiram III kerana pengikutnya menembak mati dua anggota polis, sedangkan sehari sebelum itu beliau umum gencatan senjata,” katanya dengan suara yang lebih tegas.
Begitulah Hamza. Pegawai polis yang kini menjadi tumpuan seluruh negara setiap hari.
Masakan tidak, sebagai orang nombor satu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri itu, beliau kini sedang diperhatikan baik di dalam mahupun di luar negara, tentang bagaimana beliau mengendalikan insiden pencerobohan pengganas militan Sulu.
Puluhan wartawan yang membanjiri pusat media sudah ‘masak’ dengan perangainya. Dengan riak mukanya yang bengis, ditambah susuk badan yang tegap, pegawai kanan polis itu ternyata tidak akan melayan sebarang pertanyaan yang disifatkannya berbaur ‘dengar cakap’ atau soalan provokatif yang tidak disokong dengan fakta yang kukuh.
Namun kesempatan Mynewshub.my menemui Hamzah secara eksklusif semalam membuktikan yang beliau bukanlah seorang yang bengis atau ‘cepat melatah’ seperti yang disangka ramai pihak.
Lebih sejam kami menemubual beliau dari hati ke hati, berkongsi kisah suka dukanya selama bergelar pegawai polis termasuk pengalamannya berhadapan dengan insiden pencerobohan puak pengganas militan Sulu ini.
” Sebenarnya saya bukanlah tidak mesra atau susah untuk didekati, tetapi sebagai antara pegawai yang bertanggungjawab menyusun gerak kerja dan operasi pasukan keselamatan terutama dalam Ops Daulat ini, saya harus bijak untuk membezakan atau emosi dan profesionalisma.
” Marah memang marah bila ada anggota kita yang terbunuh dalam pertempuran, geram memang geram bila mendapat tahu ada anggota kita yang diseksa dengan begitu kejam, namun saya kena rasional dan tidak boleh membiarkan emosi menguasai diri, kalau tidak kita mungkin hilang fokus dan itulah yang ditunggu-tunggu oleh musuh kita.
” Mungkin anda (wartawan) melihat saya garang, tetapi saya bukanlah garang seperti yang disangkakan itu, cuma adakalanya saya dilihat tegas terutama kalau soalan yang dikemukakan tidak bersandarkan hakikat yang sebenar,” katanya eksklusif pada Mynewshub.my di sini semalam.
Dalam kesempatan bertemu dengan beliau secara peribadi itu, kami turut meminta beliau berkongsi pengalamannya ketika mula-mula mendapat tahu tentang insiden tersebut.
Menurut Hamza, beliau ketika itu sedang berada di rumah apabila dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah (OCPD) mengenai perkara berkenaan.
Mengakui agak terkejut dengan berita itu, Hamza berkata, beliau bagaimanapun tidak cepat melatah.
Beliau dengan kadar segera memanggil mesyuarat khas membincangkan kaedah dan strategi bagi menangani masalah itu dengan pegawai-pegawai kanannya.
Serentak dengan itu, kata Hamza, segala perancangan dibuat dengan teliti dan terus dilaksanakan tanpa berlengah lagi.
” Kalau ikutkan hati marah, mungkin kita akan terus mengambil keputusan untuk membedil atau menyerang kedudukan musuh tetapi ramai orang tidak faham, ia tidak semudah itu kerana banyak faktor perlu diambil kira.
” Kita (Malaysia) terkenal dengan pendekatan yang lebih diplomasi, tindakan keras seperti yang awak lihat sekarang terpaksa diambil setelah mereka (pengganas) mengambil tindakan yang berlawanan, sedangkan peluang dan masa yang secukupnya telah diberikan kepada militan Sulu ini,” katanya bersemangat.
Kami kemudiannya menanyakan soalan yang lebih ‘lembut’ kepada Hamzah.
Kami meminta beliau berterus-terang bagaimana beliau menangani dan menghadapi masalah yang cukup mencabar ini.
Ketika ini kami melihat wajahnya berubah. Suaranya yang agak kasar tadi tiba-tiba menjadi perlahan. Serentak dengan itu dia merenung wajah kami satu persatu.
” Al-Quran adalah sumber kekuatan saya…setiap pagi selepas solat Subuh, sesibuk mana pun atau sejauh manapun stress saya ketika itu, saya tetap akan membaca Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai, sekarang lebih mudah kerana saya boleh membacanya menerusi telefon bimbit saya.
” Dan seperti mana orang Islam lain, saya akan pastikan tidak tertinggal solat walau dalam keadaan apapun…Alhamdulillah, berkat ayat suci yang dibaca, selain solat lima waktu itu, saya rasa cukup tenang dan lebih berkeyakinan dalam setiap tindakan yang saya ambil khususnya dalam Ops Daulat ini.
” Alhamdulillah, saya boleh katakan sehingga kini, saya tidak merasa terlalu tertekan dan terbeban dengan apa yang sedang berlaku, ada saja perkara yang dimudahkan-Nya, ada saja jalan keluar dalam setiap masalah yang ditempuh,” katanya perlahan.
Mengenai ‘bosnya’ iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, beliau berkata, sebagai pegawai bawahannya, beliau bertanggung jawab untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada Ismail walau dalam keadaan sesukar mana sekalipun.
Beliau mengakui, bosnya itu juga adalah manusia biasa, mana mungkin terlepas daripada merasa tekanan, namun beliau lega kerana Ismail dapat melaluinya dengan baik sekali.
” Kami banyak berbual, berbincang malah adakalanya kami tidur bersebelahan…begitu juga dengan pegawai-pegawai kanan yang lain, kami ibarat satu keluarga. Kami akan terus bersama di saat suka dan duka, itu yang pasti,” katanya.
Di akhir perbualan tersebut, kami mengambil kesempatan bertanyakan mengenai perasaannya bila melihat ramai pegawai dan anggotanya gugur dalam pertempuran menentang pengganas Sulu ini.
Beliau terdiam seketika. Terasa begitu berat untuk Hamza menjawab soalan tersebut.
” Saya pun ada anak dan isteri, bayangkan kalau mereka terpaksa melalui perkara yang sama…tiada perkataan yang boleh menggambarkan perasaan saya tetapi itu perjuangan yang telah kami semua (pasukan keselamatan) pilih.
” Ketika berkahwin dulu, inilah yang saya selalu ingatkan pada isteri saya tentang risiko bertugas dalam pasukan. Alhamdulillah beliau (isteri) cukup faham apa yang saya lalui ketika ini, lagipun saya bukan baru dalam melalui pengalaman berhadapan dengan musuh.
” Masa mula-mula ditauliahkan sebagai Inspektor dulu, saya pernah ditugaskan melawan pengganas komunis, kemudian beralih kepada Jabatan Siasatan Jenayah (CID) sehinggalah mengetuai jentera pasukan di Sabah ini…semua ini adalah pengalaman yang mematangkan saya,” katanya.
Hamza juga berkongsi dengan kami mengenai keluarga beliau.
Katanya, beliau bersyukur kerana anak-anaknya telah berjaya dalam karier yang mereka ceburi.
Ada di antara mereka, katanya, berkelulusan undang-undang dan ada yang sudah bergelar doktor perubatan.
” Anak saya ini cukup manja dengan bapa mereka, sebab itu bila melihat anak pegawai dan anggota saya yang terkorban menangis di sisi jenazah bapa kesayangan mereka, saya cukup faham apa yang mereka lalui.
” Tetapi inilah perjuangan, benda-benda ini terpaksa kita telan kerana kita telah bersumpah untuk menjaga kedaulatan agama, bangsa dan negara kita yang tercinta biarpun besar manapun cabaran di depan mata,” katanya bersemangat.
Sepanjang hampir sejam berbual dengan beliau, ada saja bunyi deringan telefon bimbit beliau yang menganggu perbualan kami.
Namun Hamza dengan tenang melayan setiap panggilan yang masuk.
Beliau kemudian meminta diri untuk beredar bagi meneruskan tugas yang tak pernah berhenti sejak Subuh tadi.
Malam semakin larut. Hamzah masih berpakaian lengkap.
” Adakalanya saya hanya tidur tiga jam sehari,” katanya tersenyum sebelum beredar.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.
SALUT!
Lelaki Ampun Pembunuh Anaknya Jika Berjaya Hafal Al-Quran
Sunday, March 17, 2013 | 11:07 PM | 0 comments
Rabia al-Dousari boleh jadi termasuk dalam golongan lelaki yang sangat pemaaf. Dia berjanji bakal memaafkan kesalahan Faisal al-Amiri, yang terbukti bersalah membunuh anak lelakinya bernama Abdullah.
Namun janji tersebut bersyarat, dimana Faisal akan dibebaskan dari hukuman penjara sekaligus terlepas hukuman mati jika berjaya menghafal Alquran, seperti dipetik daripada stesen televisyen Al Arabiya
Faisal al-Amiri mencium kening Rabi al-Dousari, iaitu ayah kepada Abdullah.
Perbicaraan di daerah sebelah timur Arab Saudi itu telah memutuskan Faisal bersalah membunuh Abdullah dalam sebuah pergaduhan. Sesuai syariat Islam yang diamalkan di negara itu, Faisal dihukum mati. Pelaksanaan hukuman mati dilakukan dengan cara dipancung kepalanya.
Tetapi, Faisal boleh bebas dari semua hukuman itu sekiranya keluarga Abdullah mahu memberikan keampunan. Mahkamah Tinggi di situ mendorong agar Dousari memaafkan kesalahan Faisal.
Dousari menolak wang pengganti darah anaknya. Dia hanya memberikan syarat supaya Faisal menghafal kitab suci umat Islam itu.
Dousari barangkali yakin Faisal tidak akan mengulangi dosa itu lagi bahkan berubah menjadi soleh setelah menghafal Alquran.
Halim Islam
![]() Kenapa Ac Mizal sedih apabila pergi masjid ?
Friday, March 15, 2013 | 9:20 PM | 0 comments
Menerusi akaun Twitter milik pelakon dan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal, semalam, dia ada meluahkan rasa kesalnya apabila setiap kali ke masjid mendengar khutbah.
Ini kerana khutbah yang disampaikan imam masjid sering menjadikan artis sebagai contoh yang tidak baik.
Menurut AC Mizal, dia pun ‘bukanlah baik sangat’, tetapi apabila niatnya ke masjid yang ingin mendengar imam menyampaikan khutbah mengenai kebesaran Islam, alih-alih imam asyik berpolitik dan bercakap mengenai artis.
Katanya, hampir setiap minggu imam bercakap mengenai hal sama.
Dia sebagai artis amat terasa dengan apa yang dihujahkan imam.
Tetapi oleh kerana niatnya ingin menunaikan solat, dia terpaksa berdepan juga dengan hal yang boleh mengaibkannya.
Ikuti luahan hati AC Mizal di bawah ini..
Lencongan Trafik Di Lebuhraya MEX Mulai Esok
Wednesday, March 13, 2013 | 7:32 PM | 0 comments
![]()
KUALA LUMPUR – Besraya (M) Sdn. Bhd. (Besraya) akan melakukan lencongan trafik di Lebuhraya Maju (MEX) pada 14 hingga 15 Mac ini.
Besraya melalui satu kenyataan media memberitahu, lencongan trafik itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menanggal net keselamatan dan papak (formwork) pada span yang melintasi lebuhraya berkenaan.
“Kerja-kerja ini akan dilakukan di kilometer (km) 3.5 arah pusat bandar Kuala Lumpur.
“Sehubungan itu laluan kontra akan diadakan bermula dari km 2.95 hingga km 4.0 arah Putrajaya berhampiran Plaza Tol Salak Selatan dan Stesen transit aliran ringan (LRT) Cheras,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, laluan kontra itu dijangka bermula pukul 11 malam hingga 5 pagi pada harti terbabit.
Justeru Besraya memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pengguna lebuh raya berkenaan dan meminta mereka mematuhi papan tanda keselamatan dan had laju yang ditetapkan
Samakan Perempuan Bertudung Dengan Bohsia - ( Jahil Yang Bertimpa- Timpa )
Monday, March 11, 2013 | 1:50 AM | 0 comments
Apa pandangan sahabat mengenai Minah ini, aku pun x layak untuk menghukum sebab aku pun dalam golongan jahil. Kawan aku ramailah jugak x pakai tudung tapi tidaklah sampai sampai samakan dengan bohsia, tu hukum Allah bukan hak kita nak hina hukum Allah. Dengan manyatakan menutup aurat tu lebih teruk dari Bohsia. Pepun aku bersangka baiklah kt Minah nie mungkin FB dia kena Hack kot..Wallahualam. Amat banyak kesan buruk akibat menjadi jahil agama, dan di sini saya hanya kemukakan 10 darinya sahaja untuk difikir-fikir dan direnung-renungkan bersama. 1 – Yang benar dikatakan salah, yang salah dikatakan benar. Apabila sudah tidak diketahui mana yang disuruh agama, mana yang dilarang agama, maka akan terjadilah satu keadaan dimana yang salah dikatakan benar, dan yang benar dikatakan salah. Manusia akan hanya mengikut logik akal sendiri untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk TANPA panduan dari wahyu Allah melalui AlQuran dan AlHadith. Mereka akan menjadi sesat dan akan menyesatkan orang lain pula , terutamanya orang-orang yang jahil sepertinya juga. Mereka tidak akan rasa bahawa mereka salah, dan mereka akan mempertahankan pendapat mereka dengan sekeras-kerasnya kerana itulah yang mereka rasa betul, walhal bercanggah dengan syara’. Dari Abdurrahman Al-Anshari r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah banyaknya bacaan (ramai yang pandai membaca) dan sedikit di antara mereka yang mengerti agama, banyak umara’ (pemimpin) tetapi ketenteraman berkurang.” (Hadith Riwayat Thabrani). 2 – Mudah mengutuk dan menghina ulama’. Akibat kejahilan, maka orang-orang jahil akan dengan mudahnya mengutuk para ulama’ jika mereka mendengar suatu ucapan ulama’ yang tidak memenuhi selera dan ideologi mereka. Walaupun ulama’ itu menyebutkan sesuatu yang berlandaskan kepada AlQuran dan AlHadith, tetapi kerana sijahil tidak ada ilmu sebenar tentang agama, maka dengan mudah saja dia memandaikan dirinya sendiri dan menyanggah ulama’. Kita bukan disuruh ta’asub kepada seseorang ulama’, tetapi berpada-padalah dan jangan sampai menghina ulama’ yang memperjuangkan Islam. Ulama-ulama yang ada sekarang pun bukannya nabi, mereka bukan maksum (tidak ada dosa). Jangan kerana tersilap kata atau ucapan sedikit kita terus menghukum dengan berat dan menghinanya. Daripada Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; “Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya).” (Hadith Riwayat Ahmad). 3 – Membela orang-orang yang jahil sepertinya juga. Apabila mereka sudah tidak mengenali mana yang benar dan mana yang bathil, maka mereka akan menyokong dan mempertahankan pendapat golongan yang mereka rasakan betul mengikut fikiran mereka. Walaupun mereka sebenarnya telah mempertahankan kebathilan dan kemungkaran. Sebagai contohnya golongan gay yang menyokong sesuatu yang dibuat oleh golongan gay lain. Mereka merasakan kononnya kasih sayang itu tanpa batasan, dan manusia tidak patut disekat untuk berkasih sayang walaupun sesama jantina. Itulah yang dirasakan terbaik oleh akal pemikiran mereka, sedangkan ianya bercanggah dan menyeleweng dari apa yang diperintah dan dilarang oleh Tuhan. Memang nampak seperti bagus, kerana mereka melaung-laungkan kasih sayang. Tetapi mereka tidak sedar akibat melepaskan nafsu sesama jantina, kesannya amat lah buruk kepada diri manusia sendiri dan generasi masa depan. Penyakit-penyakit yang merbahaya dan berjangkit pun akan mudah dijangkiti sesama mereka, dan membawa masalah kepada orang-orang lain pula nanti. Dan bayangkan jika semua manusia menjadi gay dan lesbian, siapa yang akan melahirkan anak nanti dan akan meneruskan zuriat manusia? Tidakkah usaha untuk membela puak gay dan lesbian ini adalah salah satu usaha untuk memupuskan manusia? 4 – Mudah mempercayai tuduhan dan hasutan. Apabila mereka sudah mempercayai sesuatu pihak, maka dengan mudahlah mereka akan terpengaruh dan mempercayai apa saja yang dibawa dan dikatakan oleh pihak itu. Tidak kira ianya ternyata salah dan merupakan fitnah, tetap akan dipercaya kerana keta’asuban dan pihak itu memenuhi selera mereka dan mungkin telah memberikan banyak nikmat kepada mereka. Sehingga mereka lupa, bahawa nikmat adalah kurniaan Tuhan, bukannya kurniaan manusia. Ditambah lagi dengan antara taktik Illuminati untuk membrainwash / mempengaruhi manusia ialah melalui media massa seperti televisyen, radio, dan akhbar. Sehinggakan ramai yang merasakan bahawa segala yang dilaporkan dalam televisyen dan radio itu adalah benar belaka, langsung tidak ada salah. Adakah radio dan televisyen itu maksum? Dan tidak ketinggalan, ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengawal radio dan televisyen utama sebagai alat untuk menjayakan misi politik mereka dan kekal berkuasa. 5 – AlQuran hanya menjadi bahan bacaan semata. Ramai yang membaca AlQuran setiap hari, siap dengan lagu-lagu dan suara yang merdu. Tetapi berapa ramaikah yang membaca sambil memikirkan dan menghayati isi kandungannya? Adakah Allah Ta’ala menurunkan AlQuran agar kita membaca dengan berlagu dan bertajwid semata-mata TANPA menghiraukan apakah kandungan isinya dan apa yang Allah nak beritahu pada kita? Adakah Allah sembang kosong dalam AlQuran? 6 – Hukum-hakam Allah akan direndahkan martabatnya dan dihina Undang-undang dari Allah yang termaktub dalam AlQuran dan AlHadith akan diperlekehkan dan direndahkan martabatnya. Ini sudah berlaku dari zaman penjajah dulu lagi, kerana asalnya Undang-undang Islam sudah diamalkan sebelum kedatangan penjajah. Tetapi selepas kedatangan penjajah, Undang-undang Islam dibuang, dan digantikan dengan Undang-undang British, yang sampai sekarang sebahagian besarnya masih digunakan lagi. Undang-undang Islam direndahkan kepada masalah-masalah nikah kahwin dan seumpamanya sahaja. Kedudukan Mahkamah Syariah yang menjalankan Undang-undang Islam terletak di bawah Mahkamah Majistret. Ini bermakna Undang-undang Allah diletakkan lebih rendah dari Undang-undang British. Begitu sedih sekali. Nabi Muhammad s.a.w telah memberi peringatan tentang akan tiba masa Hukum Islam dicabut, seperti dalam hadis, “Tali yang disimpul untuk mengikat ajaran Islam dirungkai satu persatu. Maka setiap kali dirungkai, orang ramai berpegang dengan simpulan yang masih ada. Yang pertama dirungkai ialah Hukum-hakam, dan yang paling akhir ialah solat”. (Hadith Riwayat Ahmad) Hinggakan sekarang ini pun ada orang Islam yang mengatakan Hukum Hudud sudah tidak relevan lagi dipakai, tidak sesuai dengan keadaan zaman moden ini. Sedangkan Hukum Hudud adalah Hukum yang terkandung dalam AlQuranul Karim dan WAJIB dijalankan oleh pemerintah hingga lah ke Hari Kiamat. 7 – Amal ibadah tidak diterima oleh Allah s.w.t Ini antara yang paling sedih didengar, kerana jika suatu amal ibadah itu dilakukan tidak menepati apa yang disuruh oleh Tuhan, maka amalan itu tidak akan diterima. Apa yang kita dapat hanyalah penat dan lelah semata-mata dan ianya menjadi sia-sia. Inilah akibat jika tidak ada ilmu tetapi berlagak pandai dan mengambil inisiatif sendiri tanpa panduan dari sumber-sumber yang betul. Firman Allah S.w.t yang bermaksud ;”Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertanggung-jawabnya.” (Surat Al-Israa’ : Ayat 36) Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud , “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak berasas kepada Sunnahku maka amalan itu ditolak (tidak diterima oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala).” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) Syaitan-syaitan juga akan sentiasa menyuruh ahli ibadah yang jahil agar melakukan ibadah kerana mereka tahu amal-amal itu akan menjadi sia-sia dan memenatkan ahli badah itu semata-mata. Sebaliknya, kepada orang-orang alim, syaitan akan berusaha untuk membuat mereka malas beramal pula. 8 – Maksiat dan jenayah semakin berleluasa. Apabila sudah jahil, yang mana satu dosa dan yang mana satu pahala pun sudah tidak dikenali. Begitulah juga akibat dari membiarkan pemerintah / pemimpin tidak melaksanakan Undang-undang Islam, maka jenayah dan maksiat akan semakin berleluasa. Jika anda mahu tahu, wanita-wanita seksi yang bukan beragama Islam pun merasakan keseksiannya itu adalah perkara baik. Ada di antaranya yang merasakan dia telah memberi KEPUASAN kepada ramai lelaki, dengan kata lain dia telah membuat baik kepada ramai orang. Kejahatan baginya hanyalah jika dia merompak, membunuh dan menyakiti orang lain. Sedangkan jika dia memakai pakaian seksi, itu bukannya satu kejahatan dan dia tidak mengkhianati sesiapa. Ini lah akibatnya jika kita hanya mengikut kepala otak sendiri tanpa panduan dari Tuhan. Sehinggakan kita lupa bahawa kesan dari seksi itu AMAT BURUK bagi diri seorang lelaki lain yang melihatnya. Seseorang lelaki akan dirangsang nafsu seksnya jika terdedah kepada aurat-aurat wanita terutamanya yang meliuk lintuk dan seksi. Kesan yang lebih buruk akan berlaku pada lelaki yang belum berumahtangga, akan merasa tertekan dan ingin melepaskan nafsu syahwatnya. Maka jika seseorang itu lemah dan tidak ada iman, boleh mengundang kepada berlaku gejala seks bebas, merogol , seks dengan haiwan dan sebagainya. Nak tahu antara kesan-kesan buruknya lagi? Boleh dibaca dalam tajuk-tajuk seperti; - Kesan negatif menonton filem porno / lucah - Fakta tentang porno dari bekas bintang porno - Lelaki yang membeli seks melakukan lebih banyak jenayah - Fakta di sebalik pembikinan filem porno. 9 – Akan terjadi perpecahan dan peperangan sesama sendiri Sudah tentulah kesan dari tidak menjalankan Undang-undang Islam , akibat orang-orang Islam sendiri yang jahil tentang hukum-hakam agama, akan menyebabkan terjadinya perpecahan dan peperangan sesama sendiri. “.……Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. (Hadith Riwayat Ibnu Majah) Ramai yang bersuara agar kita semua bersatu padu, jangan berpecah-belah dan sebagainya, tetapi hanya sekadar memberi nasihat mengikut teori sendiri. Tetapi langsung tidak mahu menghayati dan mengambil pelajaran dari maksud hadith di atas. Bagaimana mahu bersatu padu dan tidak berpecah belah jika pemimpin kita masih mengamalkan Undang-undang ciptaan manusia dan bukan Undang-undang Allah? Adakah Nabi Muhammad s.a.w pun sembang kosong dalam hadith di atas? “Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu, kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian, yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (Surah An-Nisaa’ : Ayat 59) 10 – Generasi akan datang akan terdidik dalam keadaan jahil. Kesan dari wujudnya orang-orang jahil, dia mungkin akan mengajar anak-cucunya dengan kejahilan juga sedikit sebanyak. Apa lagi jika dia tidak menghantar anak-anaknya untuk belajar agama dengan secukupnya. Jika sekadar mengharapkan matapelajaran Agama Islam yang dipelajari di sekolah rendah dan menengah, itu sebenarnya sangat tidak mencukupi. Lagi pun ianya telah banyak ditapis dan asas pun belum cukup. Apa lagi anak-anak pun bukan semuanya belajar dan menghayati betul-betul matapelajaran Agama Islam di sekolah. Diharap bacalah juga tentang Tanda-tanda kiamat dan peristiwa akhir zaman. Kesimpulan Maka ilmu agama WAJIB dipelajari kerana ia termasuk dalam Fardhu Ain. Usahkan ilmu agama, ilmu tentang mengetahui keadaan musuh pun digalakkan dipelajari dan dikaji. Kerana jika keadaan musuh diketahui, maka kita boleh bersedia untuk menghadapinya dan tahu bila musuh bertindak. Jika kita tidak tahu, maka akan senang-senang lah kita akan ditipu dan diserang oleh musuh. Menurut Al-Atsar (kata sahabat-sahabat dan orang terkemuka), antara lainnya ialah Ali r.a berkata, “Barangsiapa mengumpulkan padanya enam perkara, nescaya dia tidak meninggalkan dari mencari syurga dan lari dari neraka, iaitu; 1 – Dia mengenal Allah, lalu mentaatinya. 2 – Dia mengenal syaitan, lalu mendurhakainya. 3 – Dia mengenal kebenaran, lalu mengikutinya. 4 – Dia mengenal kebathilan, lalu menjaga diri darinya. 5 – Dia mengenal dunia, lalu menolaknya. 6 – Dia mengenal akhirat, lalu mencarinya. Abu Umamah Al-Bahili r.a berkata, “Tatkala Muhammad s.a.w diutuskan, lalu Iblis mendatangi tenteranya. Tentera itu lalu berkata, “Sesungguhnya telah diutus seorang nabi dan telah muncul suatu umat.” Iblis itu bertanya, “Adakah mereka itu mencintai dunia?” Tentera itu menjawab, “Ya”. Lalu Iblis menyambung, “Jikalau benar mereka itu mencintai dunia, nescaya aku tidak hiraukan bahawa mereka tidak menyembah berhala. Sesungguhnya aku akan datang pada mereka, pagi dan petang, dengan 3 perkara; 1 – Mengambil harta dari bukan haknya. 2 – Belanjakan harta pada bukan haknya. 3 – Menahan harta dari haknya. |